KUALA LUMPUR: Syarikat kafe coklat, Choco Loco (M) Sdn. Bhd., pengarah dan seorang lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menggunakan terma ‘francais’ secara tidak sah, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, syarikat itu yang diwakili pengarah, Syaidatul Natasha Suhaimi, 38, dan seorang bekas pengarah, Mhd Hadi Asasa, 37, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin.

Bagi pertuduhan ke atas syarikat, dia sebagai pemberi francais didakwa telah menggunakan terma ‘francais’ dalam perjanjian francais tersebut yang berhubung dengan perniagaannya tanpa kelulusan oleh Pendaftar Francais.