GEORGETOWN: Pengendali Melaka FC, E Elavarasan menganggap kemenangan 2-1 ke atas Penang FC dalam aksi Liga Super, semalam sebagai bonus buat pasukannya.

Beliau berkata, pasukannya berhak mendapat sepakan penalti pada penghujung aksi itu yang menjadi gol kemenangan Melaka FC.

"Perkara paling penting adalah untuk mendapatkan tiga mata, jadi kami anggap bonus buat kami sebab Penang sudah tiga kali menang dalam pertemuan sebelum ini dan mereka kuat di laman sendiri.

"Kedua-dua pasukan mendapat sepakan penalti, tetapi saya fikir kami juga berhak mendapat penalti pada minit-minit akhir itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan di Stadium Bandaraya.