Kuala Lumpur : Kejohanan All Star Championship (ASC) 2026 yang bakal berlangsung di Flamingo Hotel pada 17 Oktober ini bukan sekadar gelanggang pertarungan influencer atau pempengaruh, sebaliknya menjadi platform strategik mempromosikan Malaysia menerusi kandungan digital dan pelancongan.

Penganjuran edisi kali ini dirancang dalam skala lebih besar dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 serta menghimpunkan 34 pempengaruh digital dari sembilan buah negara.

Ketua Pegawai Eksekutif ASC, Datuk Abd Rahman Soltan berkata, kekuatan utama kejohanan itu terletak pada impak pengaruh peserta yang mampu menyampaikan promosi keunikan Malaysia secara terus kepada jutaan pengikut di tanah air masing-masing.