Ungkapan 'politik itu kotor' antara ungkapan yang sering kali diungkapkan oleh pihak yang sangat mual dengan politik terutama politik kepartian. Sebagai akibatnya, segala yang berhubungan dengan politik dianggap sesuatu yang patut dijauhi.

Kadangkala didapati sebahagian masyarakat yang langsung tidak mahu menyertai sebarang aktiviti yang berkaitan politik, malah ada juga yang memandang serong terhadap majlis atau program yang melibatkan 'orang politik'.

Persoalannya, adakah benar politik itu kotor seperti yang ditanggapi oleh sesetengah orang? Apakah benar politik itu nista sehinggakan ia patut dijauhi dan ditinggalkan? Apakah faktor utama yang mendorong sebahagian masyarakat berpandangan sedemikian rupa?