NEWCASTLE: Pengendali Newcastle, Matthias Jaissle, meminta penyokong yang berang menyalahkannya selepas kekalahan 1-0 yang menjejaskan pasukan itu ketika menentang Everton awal pagi tadi.
Anak buah Jaissle menanggung kekalahan keempat dalam lima perlawanan terakhir semua pertandingan apabila penyerang Everton, Thierno Barry, menjaringkan gol pada awal babak kedua di St James' Park.
Pemain tengah Newcastle, Jacob Ramsey, dilayangkan kad merah pada saat akhir akibat terjahan kasar terhadap Harrison Armstrong sebelum Jaissle dan pemainnya disambut dengan sorakan mengejek ketika wisel penamat.
Newcastle kini menghuni tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris ketika tekanan terhadap Jaissle semakin memuncak.









