SINGAPURA: Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 5.1 peratus pada 2026 daripada 4.9 peratus sebelumnya dan kepada 4.8 peratus pada 2027 daripada 4.7 peratus, didorong oleh eksport dan pelaburan kukuh dalam kecerdasan buatan (AI).
Menerusi kemas kini bulan Oktober bagi Tinjauan Ekonomi Serantau ASEAN+3 (AREO), AMRO mengekalkan unjuran inflasi Malaysia pada 2.0 peratus bagi 2026, sambil menaikkan unjuran bagi 2027 kepada 2.2 peratus daripada 2.0 peratus sebelumnya.
Ketua Ahli Ekonomi AMRO, Dong He, berkata Malaysia adalah antara negara di rantau ini yang mendapat manfaat besar daripada kitaran pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI), yang membawa kepada peningkatan unjuran pertumbuhan.








/file/attachments/orphans/FootballAssociationofMalaysia1_867551.png)
