KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aufahanie mengakui dia sudah meletakkan jawatan sebagai pramugari sejak beberapa bulan lalu selepas dua tahun berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbangan.
Aufahanie atau nama sebenar, Nur Aufahanie Mokhtar, 23, berkata dia memutuskan untuk meninggalkan kerjaya pramugari kerana kerinduan untuk kembali aktif di pentas nyanyian.
Menurutnya, dia juga mengambil masa selama enam hingga tujuh bulan dan mendapatkan pandangan ibunya sebelum mengambil keputusan berkenaan.
"Saya memang tanya pendapat ummi (ibu) kerana perjalanan saya dalam industri seni memang dorongan darinya.









