SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan kertas siasatan berkaitan insiden membabitkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut pada Selasa.AGC dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan PDRM pada 30 Oktober lalu berhubung insiden berkenaan.Menurutnya, siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan susulan dakwaan Ismail bahawa beliau menandatangani proklamasi berkaitan pertukaran kedudukan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di bawah pengaruh tidak wajar."Hasil penelitian menyeluruh mendapati beberapa tindakan lanjut perlu dilaksanakan oleh pegawai penyiasat sebelum sebarang keputusan dapat dibuat."Oleh yang demikian, kertas siasatan akan dikembalikan semula kepada PDRM pada hari ini untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Pada Isnin, media melaporkan AGC menegaskan tiada kelewatan di pihaknya dalam meneliti Kertas Enkuiri Polis (KEP) atau kertas siasatan berhubung laporan berkaitan Menteri Besar Negeri Sembilan itu.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilaporkan berkata, KEP berkenaan dirujuk kepada AGC pada 29 September lalu sebelum diminit keluar kepada PDRM pada 7 Oktober lalu.
AGC kembalikan kertas siasatan insiden MB Negeri Sembilan kepada PDRM

Key takeaways
AGC kembalikan kertas siasatan insiden MB Negeri Sembilan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.
- AGC telah teliti kertas siasatan yang dikemukakan PDRM pada 30 Oktober.
- Siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkenaan proklamasi institusi.
- AGC kembalikan kertas siasatan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kertas siasatan kematian Noorizwan ke AGC lusa
- Free Malaysia Today AGC kembalikan kertas siasatan laporan MB N Sembilan kepada polis
- Sinar Harian AGC kembalikan kertas siasatan insiden MB Negeri Sembilan kepada PDRM (this story)
- Malaysiakini (BM) AGC kembalikan kertas siasatan kes MB Negeri Sembilan kepada polis







