BARCELONA: Barcelona menamatkan rekod kemenangan sempurna Aston Villa dalam saingan Liga Juara-Juara selepas mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas kelab England itu di Camp Nou, awal pagi tadi.

Dua jaringan Raphinha pada babak kedua memastikan skuad kendalian Barcelona kembali menemui rentak kemenangan selepas tewas kepada juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Eropah sebelum ini.

Barcelona terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Lamine Yamal seawal minit ketujuh sebelum Raphinha meledak dua gol untuk melengkapkan kemenangan tuan rumah.

Kemenangan itu membolehkan juara lima kali berkenaan terus berada kedudukan lapan terbaik dalam fasa liga, sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk mara secara automatik ke pusingan seterusnya.