LONDON: Binance mendedahkan ia digodam melalui taktik kejuruteraan sosial, termasuk temu duga kerja palsu dan salah guna alat kecerdasan buatan (AI) dalaman syarikat itu.

Penggodaman terbesar dalam sejarah industri mata wang kripto itu mengakibatkan kehilangan aset bernilai AS$6.3 bilion (RM25.69 bilion).

Dalam penemuan awal yang diterbitkan, pengendali bursa kripto terbesar dunia itu berkata serangan terbabit adalah kempen berbilang peringkat yang sangat canggih dan dirancang dengan teliti.

Menurut Binance, penggodam menyasarkan juruteranya dengan menyamar sebagai majikan menerusi platform pencarian kerja yang sah.