PUTRAJAYA: Pendakwah selebriti Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.

Keputusan majoriti 2 -1 itu dibuat panel Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Azman Abdullah selepas membenarkan rayuan Da’i Syed selaku perayu.

Dengan keputusan majoriti itu, Da’i Syed terlepas daripada hukuman 10 tahun dan tiga sebatan yang diputuskan oleh mahkamah sebelum ini.

Sejurus selepas keputusan tersebut, Da’i Syed yang berada dalam kandang tertuduh dilihat menangis.