Kontrak bernilai RM20.4 juta untuk menaik taraf Galeria Perdana di Langkawi ditamatkan pada 23 Sept 2024 selepas empat lanjutan masa berjumlah 192 hari diberikan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2/2026. (Gambar Jabatan Muzium Negara)

KUALA LUMPUR: Enam projek pembangunan bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) didapati berdepan masalah pelaksanaan termasuk ditamatkan, mengalami pelanjutan masa yang panjang, gagal disiapkan mengikut jadual dan projek perumahan yang telah siap tetapi tidak boleh diduduki, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.

Projek pembangunan berkenaan terdiri daripada dua projek pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), projek menaik taraf Galeria Perdana di Langkawi serta tiga projek perumahan dan kuarters balai bomba di Sabah.