Empat warga Bangladesh dibenarkan jaminan RM8,000 seorang atas tuduhan penipuan dalam talian di Sungai Petani. Kes disebut semula pada 10 Januari 2027.

SUNGAI PETANI: Empat lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan aktiviti penipuan dalam talian baru-baru ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Rajibul Islam, 32; Muhammad Tawheed, 26; Forkan Ali, 23, dan Mohamad Jahir Uddin, 20, kerana masing-masing tidak memahami bahasa Melayu.

Mereka didakwa secara bersama menjalankan aktiviti penipuan dalam talian mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.