KUALA LUMPUR: Penyanyi Ayu Damit menafikan masalah kesihatan yang kerap dialami sejak kebelakangan ini berpunca daripada gangguan sihir, sebaliknya mengakui disahkan menghidap penyakit refluks gastroesofagus (GERD).
Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 37, berkata kesibukan bekerja dan menyambung pengajian menyebabkan corak pemakanan tidak teratur sehingga menjejaskan kesihatan.
Ayu kini berusaha membahagikan masa dengan lebih baik bagi memastikan tuntutan kerjaya dan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dapat diseimbangkan.
"Gangguan sihir, Alhamdulillah, sudah tiada selepas saya dapatkan rawatan dan sekarang keadaan sudah okay.









