TRIPOLI: Pihak berkuasa agama tertinggi Libya, Dar al-Ifta, mengeluarkan fatwa melarang umat Islam membeli, menjual atau memakai pakaian yang memaparkan logo Nike.

Ini kerana logo jenama sukan terkenal Amerika Syarikat (AS) itu dianggap bertentangan dengan ajaran Islam.

Institusi agama yang berpangkalan di Tripoli itu mendakwa nama Nike berasal daripada dewi kemenangan dalam mitologi Yunani purba, manakala logo terkenalnya yang dikenali sebagai swoosh diilhamkan daripada bentuk sayap dewi itu.

Menurut Dar al-Ifta, penggunaan pakaian yang memaparkan logo berkenaan boleh dianggap sebagai mempromosikan lambang yang dikaitkan dengan amalan syirik, iaitu menyekutukan Allah dengan menyembah lebih daripada satu Tuhan.