Kuala Lumpur: Kerajaan terus memperkukuh kesiagaan pertahanan negara dengan menjalinkan kerjasama dan diplomasi pertahanan di peringkat rantau ASEAN serta pentas global sebagai langkah menguruskan cabaran di Laut China Selatan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan memahami wujud cabaran di Laut China Selatan iaitu pertikaian tuntutan bertindih antara negara anggota ASEAN seperti Malaysia, Vietnam dan Filipina serta tuntutan bertindih dengan China ke atas perairan sesetengah negara ASEAN.
Katanya, selain itu keinginan dan persaingan kuasa-kuasa besar untuk hadir dan mendominasi perairan rantau ini.
"Justeru, bagi menghadapi cabaran itu, kerajaan mengambil langkah mempelbagai dan mengukuh diplomasi pertahanan melalui kerjasama bilateral dengan negara-negara yang diyakini dan dipercayai seperti Jepun, Thailand, Vietnam dan Australia.









