Polis menahan empat lelaki berumur 26 hingga 36 tahun di Sibu kerana disyaki terlibat dalam kejadian merusuh dan merosakkan sebuah kereta berpunca daripada ketidakpuasan hati selepas kenderaan mereka dilanggar.
SIBU: Empat lelaki ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kejadian merusuh dan merosakkan sebuah kereta di Rantau Panjang di sini, dipercayai akibat perasaan tidak puas hati selepas kenderaan mereka dilanggar.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek berusia antara 26 hingga 36 tahun itu, ditahan di tepi jalan Lorong Salim 5B3 kira-kira 9.30 malam tadi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian bermula apabila suspek terserempak dengan sebuah Perodua Axia berwarna perak, yang berhenti di tepi jalan ketika dalam perjalanan ke Rantau Panjang.










