Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan hari ini turut setuju pelaksanaan Pelan Bakat Sukan Kebangsaan untuk bentuk laluan pembangunan bakat yang lebih terancang, bersepadu dan berterusan. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju dengan cadangan satu lagi penganjuran temasya sukan kebangsaan sebagai platform pertandingan bagi merapatkan jurang pembangunan atlet selepas Sukan Malaysia (Sukma) yang tertumpu kepada atlet bawah 21 tahun.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) keenam Bilangan 1 Tahun 2026, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi hari ini.
Menurut KBS, mesyuarat itu turut bersetuju dengan pelaksanaan Pelan Bakat Sukan Kebangsaan (MyTP) bagi membentuk laluan pembangunan bakat yang lebih terancang, bersepadu dan berterusan.







