KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) atas kejayaan meraih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026-2027 bagi kategori Tenaga-Kuasa (Peringkat Nasional) pada World Branding Awards.Menerusi hantaran di laman X, beliau berkata, sepanjang 77 tahun penubuhannya, TNB memainkan peranan penting dalam membekalkan tenaga elektrik, menyokong pertumbuhan ekonomi serta memacu pembangunan negara."Pengiktirafan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap sumbangan TNB kepada kemajuan negara, selain mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa," katanya.Anwar turut berharap kejayaan itu menjadi pemangkin kepada TNB untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuh infrastruktur tenaga serta memperluas penggunaan tenaga boleh baharu demi memastikan masa depan Malaysia yang mampan. - Bernama
TNB diiktiraf jenama terbaik tahun ini di World Branding Awards 2026-2027

Key takeaways
TNB memenangi pengiktirafan Jenama Terbaik 2026-2027 di World Branding Awards.
- TNB menerima pengiktirafan dalam kategori Tenaga-Kuasa (Peringkat Nasional).
- PM Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas kejayaan TNB.
- Pengiktirafan ini menunjukkan keyakinan rakyat terhadap TNB.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Bernama
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian TNB diiktiraf jenama terbaik tahun ini di World Branding Awards 2026-2027 (this story)






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fdw_580468.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

