Kuala Terengganu: Taktik membeli 1,000 liter diesel menerusi empat transaksi berasingan di stesen minyak sama membawa padah apabila seorang lelaki berusia 60-an ditahan di Felda Selasih, Besut, malam tadi.
Warga emas itu ditahan dalam operasi bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Ops TIRIS, kira-kira jam 11.30 malam.
Pengarah KPDN Terengganu, Mohd Mufsi Lat, berkata penahanan dilakukan hasil risikan hampir dua minggu sebelum pasukan operasi mengekori Toyota Hilux dipandu lelaki itu ke sebuah kediaman.
Pemeriksaan mendapati kenderaan itu membawa 1,000 liter diesel dalam tangki tambahan jenis Square Tank.








