KUALA LUMPUR: Sebanyak 133,081 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing dengan 21,232 kes bagi kesalahan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata bagi tempoh sama, 1,933 kes memandu tanpa Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) turut direkodkan.
Bagi kesalahan memandu tanpa Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), 85 kes dicatatkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
"Antara kesalahan lain ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tiada permit masuk atau International Circulation Permit (ICP), serta kesalahan membawa muatan berlebihan.






%2Ffile%2F1327%2F3ed63e846dce70fe4e5da529e35942bb.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)

