sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beberapa kali terjatuh ketika sesi latihan bebas selain dibelenggu kecederaan tangan kiri menjadikan Grand Prix (GP) Jepun di Litar Motegi, semalam, cukup menguji buat pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli.

Jelas Zulfahmi, insiden berkenaan sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan Hakim Danish terhadap jenteranya, ditambah keadaan fizikal yang tidak berada pada tahap terbaik sekali gus tumpuan terhadap pelumbaan turut terganggu.

"Motegi sememangnya satu hujung minggu yang amat menguji ketahanan mental dan fizikal. Danish kerap terjatuh semasa sesi latihan bebas dan setiap kali insiden itu berlaku, keyakinannya terhadap jentera sedikit sebanyak terjejas.

"Malah, keadaan fizikalnya juga tidak berada pada tahap terbaik akibat kecederaan pada tangan kiri. Sejak hari pertama lagi, kami bekerja keras bersama pasukan fisioterapi di Klinik MotoGP bagi meredakan kesakitan yang dialaminya," katanya.