KUALA LUMPUR: Fail ZIP yang mencurigakan dan disebarkan melalui platform pemesejan seperti WhatsApp boleh mendedahkan pengguna kepada perisian hasad yang mencuri kata laluan, maklumat perbankan dan maklumat peribadi.
Timbalan Dekan (Akademik dan Teknologi) Institut Teknologi Maklumat Malaysia, Universiti Kuala Lumpur (MIIT UniKL), Dr Shafiza Mohd Shariff, berkata perisian hasad itu boleh mengumpul maklumat tersimpan dalam peranti pengguna, termasuk kelayakan log masuk dan memantau aktiviti perbankan mereka.
Beliau berkata, perisian hasad itu boleh merekodkan apa yang ditaip oleh pengguna, mengumpul kata laluan dan maklumat log masuk lain, mengakses maklumat yang tersimpan dalam peranti mereka serta memantau aktiviti pengguna, khususnya yang melibatkan aplikasi kewangan.








