Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang mengajak rakyat tanpa mengira kaum dan agama menghadiri sambutan Hari Deepavali di Little India Brickfields 14 Nov ini.PETALING JAYA: Sambutan Hari Deepavali peringkat kebangsaan 2026 dijangka menghimpunkan 5,000 pengunjung di Little India Brickfields, Kuala Lumpur, pada 14 Nov ini.

Bertemakan ‘Cahaya Deepavali, Semarak Perpaduan’, sambutan itu dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI).

Acara akan berlangsung dari 8 pagi hingga 11.30 malam itu dijadual disempurnakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pelbagai acara kebudayaan disediakan termasuk tarian tradisional India, persembahan alat muzik klasik seperti veenai dan mridangam serta demonstrasi seni mempertahankan diri silambam, kalaripayattu dan karra samu.