Rosmah Mansor diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu penyelesaian rayuannya terhadap sabitan dan hukuman dalam kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion itu.KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan tahun depan untuk pengurusan kes seterusnya bagi prosiding merekodkan keterangan baharu untuk digunakan dalam rayuan Rosmah Mansor terhadap sabitan kesalahan rasuahnya berhubung projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan bahawa rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Rosmah mengemukakan keterangan tambahan masih belum diputuskan di Mahkamah Persekutuan.

Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader, memberitahu mahkamah bahawa alasan penghakiman Mahkamah Rayuan masih belum diperoleh.