Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh bersama calon PN bagi kerusi Kesidang Albert Kok ketika melawat bilik gerakan calon DUN itu hari ini. HANG TUAH JAYA: Barisan Nasional (BN) optimis kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) mampu merampas semula kerusi Kesidang daripada DAP pada PRN Melaka dan membuka laluan lebih baik kepada gabungan itu menuju Putrajaya.
Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh, yakin peluang merampas semula DUN Kesidang terbuka jika jentera parti digerakkan secara terancang dan tersusun.
"Kita (BN) pernah mewakili kawasan ini dulu, tapi kita kalah dua penggal. Kali ini, kalau kita berjaya dengan gerakan yang terancang dan teratur, kita rampas kembali Kesidang, kembali kepada Muafakat Melaka ini," katanya selepas melawat Bilik Gerakan DUN Kesidang.








