BRASILIA: Kelab Brazil, Santos FC mengumumkan bahawa mereka melantik bapa merangkap ejen kepada Neymar, Neymar Sr sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab itu.
Bapa Neymar memainkan peranan penting dalam perjalanan karier anaknya dan turut mengasaskan agensi NR Sports yang memegang hak terhadap nama serta imej pemain Santos itu.
Menurut laporan media Brazil, kontrak Neymar Sr berlangsung sehingga Disember ini dan beliau akan terus memegang jawatan berkenaan sekiranya Presiden Santos, Marcelo Teixeira dipilih semula pada bulan depan.
Santos kini berada di tangga kesembilan carta Liga Serie A Brazil dengan mengumpul 47 mata daripada 34 perlawanan.









