Bantahan ke atas pusat data Microsoft di Amsterdam itu disifatkan demonstrasi besar-besaran pertama di Eropah. (Gambar EPA Images)AMSTERDAM: Polis Belanda memaklumkan 150 hingga 200 penunjuk perasaan ditahan kerana menceroboh selepas ratusan individu memasuki tapak pembinaan pusat data Microsoft di Amsterdam bagi membantah projek berkenaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis berkata, beberapa individu ditahan didapati memiliki barangan disyaki dicuri dari tapak berkenaan, manakala yang lain disyaki melakukan kerosakan harta benda.

Menurut penyiar Belanda, NOS, penunjuk perasaan daripada dua kumpulan berkumpul di lokasi berkenaan.

Kumpulan kempen iklim dan masyarakat Fossielvrij NL merancang untuk mengadakan demonstrasi di luar tapak itu bagi membantah penggunaan tenaga yang sangat tinggi oleh pusat data.