TEL AVIV: Ratusan rakyat Israel turun ke jalanan sejak Sabtu bagi mendesak pembangkang Israel bersekutu dengan parti mewakili masyarakat Arab demi menumbangkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
Tindakan regim Zionis sekarang yang giat melancarkan serangan politik ke atas pemimpin kumpulan minoriti berkenaan, menjadi lasan kukuh mereka mengapa Netanyahu perlu disingkirkan.
Parti-parti majoriti Arab meraih peningkatan kerusi yang ketara dalam pilihan raya pada Selasa lalu, didorong oleh kemarahan terhadap retorik yang menyasarkan komuniti itu oleh kerajaan berhaluan kanan tegar pimpinan Netanyahu.
Bagaimanapun, ketua pembangkang, Gadi Eisenkot, masih belum membuat keputusan sama ada mahu membentuk gabungan bersama mereka atau sebaliknya.









