JAKARTA – Seorang pegawai daerah di Karo, wilayah Sumatera Utara menerima kecaman orang ramai selepas dirakam memijak badan seorang lelaki demi menyeberangi lopak air, lapor laman berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pegawai terbabit melompat ke atas badan seorang lelaki yang duduk di dalam kelopak air.

Pemerintah Kabupaten Karo bercadang untuk memberikan nasihat kepada pegawai berkenaan sebagai bentuk penilaian terhadap etika.

Rakaman itu mencatatkan lebih 222,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.