KUALA LUMPUR: Gelagat spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni seorang kanak-kanak yang menangis selepas kereta mainannya rosak, mencuri perhatian dan turut mencetuskan suasana mencuit hati.
Menerusi perkongsian video di media sosial, Anwar dilihat mendekati kanak-kanak berkenaan sebelum cuba memujuknya yang masih bersedih selepas kereta mainan kesayangannya patah.








