PUCHONG – Seorang usahawan barangan preloved mendedahkan terdapat sebahagian pemilik beg tangan berjenama terpaksa menjual kembali produk berharga itu demi kelangsungan hidup dan menampung rawatan kesihatan ketika berdepan masalah kewangan.
Pengasas Hieda Natasha Monarchy, Hieda Natasha berkata, detik paling menyedihkan apabila ada pelanggan merayu supaya begnya dinilai segera dengan dinaikkan harga bagi mendapatkan wang segera untuk pembedahan anak yang menghidap kanser Jumaat lalu.
Hieda Natasha membina sebuah platform untuk memudahkan pemilik beg berjenama menjual barangan mereka ketika terdesak mendapatkan wang. Bekas pramugari itu berkata, ada pula pelanggan menjual tujuh beg Coach tulen se









