Jabatan Peguam Negara membangkitkan kekaburan undang-undang dalam perintah pelepasan dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas denda RM50 juta bekas perdana menteri Najib Razak dijelaskan.PETALING JAYA: Tiga kumpulan masyarakat sivil menyeru semua pihak memberi ruang kepada mahkamah menyelesaikan kekaburan undang-undang berhubung tahanan dalam rumah bekas perdana menteri, Najib Razak, sebelum pelaksanaan itu dijalankan.
Projek Sama, Bersih, dan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center), berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) telah membangkitkan kekaburan mahupun kekhilafan yang serius, disengajakan atau tidak, dalam perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 6 Nov.
Dalam kenyataan bersama, kumpulan itu berkata susunan kata dalam perintah tersebut boleh menyebabkan hukuman penjara enam tahun Najib bagi kes SRC International dianggap telah selesai.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F02%2F6e2b6f54ce8ed50d59336948572a4862.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)