KYIV: Jerman memperkukuh so­kongannya terhadap Ukraine dengan mengumumkan bantuan ketenteraan bernilai AS$1 bilion (RM4.08 bilion) dalam menghadapi perang dengan Russia.

Canselor Jerman, Friedrich Merz berkata, Berlin tidak akan tunduk kepada tekanan untuk menghentikan sokongan kepada Ukraine ketika mengumumkan bantuan itu semasa lawatan ke Kyiv kelmarin.

Beliau berkata, Jerman akan membiayai pengeluaran bersama dron bagi memintas dron berkuasa jet Russia, susulan kemajuan teknologi yang dicapai dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan dijangka mempercepatkan pengeluaran.

Ketika bercakap bersama Pre­siden Ukraine, Volodymyr Zelensky, Merz turut mengumumkan peruntukan 350 juta euro (RM1.6 bilion) bagi membaik pulih sektor tenaga Ukraine.