MENCABUT bulu hidung demi penampilan lebih kemas mungkin kelihatan seperti rutin penjagaan diri, namun tabiat itu boleh menyebabkan luka halus pada kulit di dalam hidung.
Kecederaan berkenaan boleh menjadi pintu masuk bakteria dan mencetuskan jangkitan yang berisiko merebak ke tisu sekitarnya, malah dalam kes yang sangat jarang berlaku, boleh membawa kepada komplikasi serius.
Pakar Bedah dan Pensyarah Klinikal Jabatan Otorinolaringologi – Surgeri Kepala dan Leher, Fakulti Perubatan dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Farah Dayana Zahedi, berkata tindakan itu boleh mencederakan folikel rambut akibat tarikan, sekali gus menyebabkan keradangan atau luka kecil pada kulit.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmahfuzz_573851.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)

