Melaka: Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menolak kemungkinan adanya persefahaman yang lebih bersifat terbuka antara parti itu dan Pakatan Harapan (PH) pada penghujung kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 sebagai senjata akhir bagi menarik sokongan pengundi di negeri ini.

Katanya, perkara itu mungkin dinilai jika kedua-dua parti menganggap ia strategi terbaik, meskipun tiada sebarang pendirian rasmi mengenai kerjasama itu di Melaka sehingga kini.

Beliau turut mengakui dalam konteks lebih menyeluruh, BERSATU tidak boleh bergerak sendirian dalam pentas pilihan raya dan politik, sebaliknya perlu bekerjasama dalam mewujudkan kestabilan.

"Kita tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku di penghujung tempoh berkempen. Tetapi pengalaman saya dalam banyak pilihan raya, di penghujung tempoh berkempen ini biasanya pengundi sudah pun mengambil pendirian, selepas mereka menilai manifesto ataupun tawaran yang dibuat calon.