Antara kumpulan penggodam yang jadi perhatian termasuk Lazarus Group yang dikaitkan dengan Korea Utara, menurut MCCA. (Gambar Unsplash)KUALA LUMPUR: Malaysia perlu meningkatkan kewaspadaan terhadap ancaman kumpulan penggodam profesional yang dikaitkan dengan negara asing dan berupaya menceroboh rangkaian serta melumpuhkan perkhidmatan penting, kata Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil.

Beliau berkata, kumpulan itu bukan sahaja mempunyai organisasi tersusun malah didakwa mendapat sokongan atau pembiayaan pihak tertentu bagi melaksanakan serangan siber berskala besar terhadap organisasi dan negara lain.

Antara kumpulan yang menjadi perhatian termasuk Lazarus Group yang dikaitkan dengan Korea Utara dan dipercayai terlibat dalam beberapa insiden penggodaman antarabangsa termasuk serangan terhadap sektor kewangan serta platform pertukaran mata wang kripto.