HOOFDDORP, Belanda: Lionel Messi kembali disenaraikan dalam Kesebelasan Terbaik Dunia Lelaki FIFPRO (World 11) buat kali ke-18, rekod baharu yang dilakarnya, namun pemenang Ballon d'Or, Harry Kane, mengejutkan ramai pihak apabila tidak terpilih dalam pasukan yang ditentukan pemain profesional dari 73 negara.

Messi, yang mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa pada Ogos selepas membantu Argentina mara ke final Piala Dunia dan masih beraksi di peringkat kelab bersama Inter Miami, dipilih dalam World 11 buat kali pertama sejak tahun 2023.

Pemain berusia 39 tahun itu mengisi barisan serangan bersama Erling Haaland dari Manchester City, Kylian Mbappe dari Real Madrid dan Lamine Yamal dari Barcelona.