KUALA TERENGGANU: Pengurusan Terengganu FC (TFC) dijangka mengadakan pertemuan dengan barisan kejurulatihan pada minggu ini bagi membincangkan prestasi hambar skuad Penyu yang masih gagal mencapai sasaran ditetapkan.
Pertemuan itu juga dijangka menyaksikan penyerahan surat peringatan kepada barisan kejurulatihan sebagai tanda pengurusan memandang serius prestasi semasa pasukan.
Bagaimanapun, sumber memaklumkan pertemuan berkenaan bukan bertujuan mencari kesalahan atau meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pemain dan barisan kejurulatihan, sebaliknya menjadi ruang untuk mengenal pasti langkah terbaik bagi memperbaiki prestasi pasukan.
"Pertemuan itu bukan untuk menyalahkan barisan kejurulatihan atau pemain, tetapi mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan mutu permainan pasukan.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-06112026-14_229477.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)