KUALA LUMPUR: Penjenayah semakin menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengautomasikan penipuan, mengenal pasti kelemahan dan memperhebat serangan siber, sekali gus menyukarkan jenayah kewangan dikesan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Abdul Rasheed Ghaffour.
Rasheed berkata kira-kira 95% kes penipuan dalam talian melibatkan mangsa yang diperdaya sehingga memindahkan wang kepada penipu.
Katanya, Interpol menganggarkan penipuan menggunakan AI mampu menjana keuntungan 4.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kaedah tradisional.
“Dengan AI, lebih mudah untuk penjenayah memperdaya dan memanipulasi mangsa melalui teknik kejuruteraan sosial,” katanya.






