TRENTON (Kanada): Kanada mengenakan semula sekatan terhadap 11 entiti Iran, atas alasan kerajaan negara itu gagal memenuhi komitmen berkaitan program nuklearnya, lapor Anadolu Ajansi.
"Kedudukan Kanada tidak berbelah bahagi, Iran sama sekali tidak boleh dibenarkan memperoleh senjata nuklear.
"Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi G7 dan masyarakat antarabangsa yang lebih luas ke arah mencapai perjanjian menyeluruh, boleh ditentusahkan dan berkekalan bagi menangani program nuklear Iran serta memperkukuh keselamatan serantau dan antarabangsa," kata Menteri Luar Kanada, Anita Anand, dalam satu kenyataan.
Sekatan itu mula dikenakan pada 2010 sebelum ditarik balik pada 2016 selepas pihak berkuasa berpuas hati bahawa Iran menunjukkan program nuklearnya bukan bertujuan membangunkan senjata nuklear.







