SAO PAULO – Pasukan Mercedes bersedia menggerakkan segala usaha bagi membantu pelumbanya, George Russell merampas kedudukan naib juara Kejuaraan Dunia Formula Satu (F1) 2026 daripada Max Verstappen dalam baki tiga perlumbaan musim ini.

Perkara itu disahkan ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff selepas pasukannya melengkapkan gelaran kejuaraan pengeluar menerusi Grand Prix (GP) Sao Paulo di Brazil, kelmarin.

Kejayaan itu hadir seminggu selepas pelumba Mercedes, Andrea Kimi Antonelli mengesahkan gelaran juara dunia pemandu di Mexico, sekali gus melengkapkan musim cemerlang buat pasukan berpangkalan di Brackley itu.

Bagaimanapun, perlumbaan di Brazil tidak berjalan seperti diharapkan apabila Russell dan Antonelli masing-masing sekadar menamatkan saingan di tempat keempat dan kelima.