Mohamad Sabu berkata beliau mahu prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang terus dipertahankan tanpa memberikan layanan istimewa kepada mana-mana individu berdasarkan kedudukan atau pengaruh. (Gambar Bernama)JASIN: Presiden Amanah Mohamad Sabu mengumumkan menyerahkan keseluruhan gajinya sebagai menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkuat kusa serta-merta sehingga tempoh pembubaran parlimen penggal ini.

Beliau berkata langkah itu sebagai usaha membantu membiayai usaha NGO menegakkan keadilan berkaitan isu tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Menurutnya, gaji bulanan sebagai menteri berjumlah RM11,900 akan disalurkan sepenuhnya kepada NGO yang terlibat dalam usaha berkenaan.