Alor Setar: Kerajaan bimbang sawah padi di negara ini bakal dikuasai warga asing susulan tindakan pesawah semakin meminggirkan sektor berkenaan kerana dianggap kurang menguntungkan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pesawah tempatan sepatutnya mempertahankan kawasan jelapang padi sedia ada dan mengelak memberikannya kepada warga asing untuk diusahakan.

Menurutnya, ia bagi memastikan industri padi yang menjadi tunjang utama bekalan makanan negara terus berupaya menghasilkan bekalan beras kepada rakyat negara ini pada masa hadapan.

"Banyak kerja pertanian di peringkat bawah sekarang dibuat warga asing. Kalau sawah pun diambil alih warga asing, habis…semua diambil alih orang luar.