PUTRAJAYA: Dua tragedi kemalangan maut membabitkan bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, tahun lalu masih meninggalkan kesan mendalam kepada bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loke berkata, kedua-dua tragedi yang berlaku dalam tempoh kurang tiga minggu itu amat menyayat hati kerana mengorbankan banyak nyawa, termasuk pelajar yang tidak bersalah.

Katanya, kejadian berkenaan turut menimbulkan rasa bersalah dalam dirinya kerana memikirkan sama ada langkah sewajarnya boleh diambil bagi mengelakkan tragedi seumpama itu, daripada berlaku.

"Sepanjang saya menjadi Menteri Pengangkutan, ada satu insiden yang sangat menyayat hati saya, satu insiden yang sangat-sangat memberikan kesan psikologi yang besar kepada saya iaitu peristiwa kemalangan bas UPSI yang meragut nyawa belasan orang, pelajar-pelajar kita.