Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri berkata kerajaan akan terus berusaha selaras had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun di seluruh negara secara berperingkat melalui kerjasama rapat dengan kerajaan negeri.KUALA LUMPUR: Hanya Selangor dan Kedah telah meminda peruntukan undang-undang berkaitan umur minimum perkahwinan orang Islam kepada 18 tahun, manakala negeri lain masih tertakluk kepada pertimbangan serta proses perundangan masing-masing.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, berkata kerajaan menerusi kementeriannya akan terus berusaha menyelaras had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun di seluruh negara secara berperingkat melalui kerjasama rapat dengan kerajaan negeri.