PETALING JAYA – Aktiviti rentas desa sekumpulan murid sekolah bertukar cemas apabila sebuah struktur binaan batu tiba-tiba runtuh berhampiran laluan yang digunakan mereka di sekitar Sungai Besi.

Kejadian itu mengundang kebimbangan apabila bongkah batu bersaiz besar dilihat bertaburan di kawasan berkenaan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai aspek keselamatan laluan itu.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.

Insiden itu turut menarik perhatian pengguna media sosial yang rata-rata meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan murid ketika menjalankan aktiviti luar berkenaan.