KUALA LUMPUR – Merangkumkan perjalanan dan sejarah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama 75 tahun dalam dokumentari berdurasi hanya 23 minit menjadi cabaran terbesar pasukan produksi dalam menghasilkan karya khas sempena ulang tahun penubuhan institusi tersebut.Penerbit Eksekutif dokumentari berkenaan, Bobby Husaini yang juga pengarah Tangerine Films berkata, tempoh perjalanan KWSP yang panjang menyimpan pelbagai kisah serta pengalaman penting, sekali gus memerlukan pemilihan naratif yang benar-benar relevan untuk diketengahkan kepada penonton.Menurutnya, pendekatan dokumentari tersebut bukan sekadar memaparkan sejarah dan pencapaian organisasi, sebaliknya memberi penekanan kepada elemen kemanusiaan dengan mengangkat pengalaman individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan KWSP."Kami mahu membawa kedua-dua perspektif, iaitu dari dalam ke luar dan dari luar ke dalam, supaya penonton dapat melihat bagaimana KWSP sebenarnya memainkan peranan dalam kehidupan rakyat."Sejak awal, pendekatan kami adalah untuk menjadikan dokumentari ini lebih bersifat kemanusiaan dengan mengetengahkan kisah bukan sahaja daripada perspektif warga kerja KWSP, malah individu di luar organisasi yang turut menerima manfaat dan terkesan dengan peranan KWSP," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Pra-tonton Eksklusif dokumentari bertajuk 'Merintis Legasi 75 Tahun Berbakti Demi Ahli dan Negara', di sini pada Khamis.Menariknya, dokumentari tersebut turut memaparkan beberapa kisah sebenar yang dihidupkan semula menerusi babak lakon semula dengan menggunakan khidmat kakitangan KWSP sendiri, bukannya pelakon profesional.Bobby berkata, komitmen dan persembahan kakitangan terbabit memberikan pengalaman bermakna kepada seluruh pasukan produksi, malah proses penghasilan dokumentari itu turut membuka ruang kepada mereka untuk memahami dengan lebih mendalam sejarah serta sumbangan KWSP.Bagaimanapun, katanya, setiap proses penerbitan perlu melalui penelitian rapi bagi memastikan fakta dan kisah yang dipaparkan tepat memandangkan dokumentari berkenaan berteraskan sejarah serta pengalaman sebenar."Kita bukan menghasilkan sebuah drama, sebaliknya sebuah dokumentari yang berteraskan fakta dan kisah sebenar."Saya amat menghargai usaha seluruh pasukan yang bekerja keras untuk memastikan setiap mesej disampaikan dengan baik," katanya.Sementara itu, Pengarah KWSP Wilayah Tengah, Norhisham Mhd Fadzil berkata, dokumentari berkenaan bertujuan mengetengahkan pelbagai kisah di sebalik sejarah 75 tahun KWSP, sekali gus membantu masyarakat memahami peranan serta evolusi organisasi itu.Beliau berkata, sepanjang 75 tahun penubuhannya, KWSP berkembang pesat dengan mempunyai 70 cawangan yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih lapan juta ahli, selain menguruskan aset di bawah pengurusan (AUM) melebihi RM1.5 trilion."Antara cabaran dalam mempersembahkan perjalanan KWSP adalah menggabungkan tiga cabang utama organisasi berkenaan iaitu operasi,
75 tahun KWSP dirangkum dalam dokumentari 23 minit

Key takeaways
Dokumentari 23 minit merangkum 75 tahun KWSP, menonjolkan kisah kemanusiaan dan pengalaman individu, menggunakan kakitangan KWSP sebagai lakon semula.
- Dokumentari diproduksi oleh Tangerine Films dan dipanggil 'Merintis Legasi 75 Tahun Berbakti Demi Ahli dan Negara'.
- Ia menampilkan kisah sebenar yang dihidupkan semula oleh kakitangan KWSP, bukan pelakon profesional.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURHIDAYAH HAIROM
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Empat gol dalam 17 minit, PSG cipta sejarah
- Utusan Malaysia 10 tahun ‘duduk dalam gua’, terasa muda semula – Mila Jirin
- Harian Metro Pengundi 18 tahun julung kali dalam PRN Sarawak
- Sinar Harian 75 tahun KWSP dirangkum dalam dokumentari 23 minit (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmustaphashobri1_583636.png&w=480&output=webp&q=85&we)
