Muhammad Hussin didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh dana itu yang didakwa SPRM digunakan bagi kepentingan serta pembelian aset peribadi. (Gambar SPRM)PETALING JAYA: Bekas pengarah UKMShape – agensi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertanggungjawab mengurus dan mempromosikan program akademik - didakwa atas 21 pertuduhan pengubahan wang haram RM1.55 juta di Mahkamah Sesyen.

Muhammad Hussin, 64, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud terhadap semua pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Dalam kenyataan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan Muhammad didakwa melakukan 21 transaksi membabitkan RM1,552,645, antara 2022 hingga 2026.