PETALING JAYA – Kes salah laku dikalangan pelajar semakin membimbangkan, pelakon Shakilla Khoriri menegur segelintir ibu bapa yang terlalu takut menghukum anak apabila melakukan kesalahan.

Shakilla atau nama lengkapnya Nurul Shakilla Mohd. Khoriri, 36, berkata, pendekatan mendisiplinkan anak menerusi hukuman fizikal seperti merotan tidak wajar dilihat sebagai sesuatu yang salah andai dilakukan dengan tujuan mendidik.

Menurutnya, sikap terlalu memanjakan anak sehingga setiap kesalahan dipertahankan hanya akan membawa kesan buruk terhadap perkembangan mereka pada masa depan.

“Rotan sahajalah! Apa masalah ibu bapa yang tidak boleh terima (hukuman) rotan?

“Bila anak sudah jadi (tidak baik), lepas itu baru terhegeh-hegeh hendak menuding kesalahan kepada orang lain,” katanya menerusi perkongsian di Threads.